Ticker

6/recent/ticker-posts

Loca B Kecewa Anaknya Masih Belum Dapat Kewarganegaraan Malaysia

 


Baru-baru ini penyanyi rap terkenal, Loca B ada meluahkan perasaan terkilannya menerusi laman sosialnya apabila usaha untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia buat anaknya, Yusuf tidak berhasil.


Menurut Loca atau nama sebenarnya Nabila Hani Azali berkata dia sudah berkali-kali turun naik mahkamah namun usahanya gagal.


“Benda ni dah tertangguh dua tahun kerana PKP dan apabila lepas berusia 7 tahun nanti hampir mustahil untuk dia mendapatkan kerakyatan. Yusuf akan berusia 6 tahun pada tahun hadapan dan saya risau dengan masa depan dia di negara ini.


“Saya cuma mahu dia bersama dengan saya, ia tidak sepatutnya sesukar ini untuk anak saya tinggal dengan saya di negara ini,” katanya.


Dalam pada itu, Loca merasakan didiskriminasi apatah lagi sukar untuk mendapatkan hak kerakyatan anaknya. Ujarnya lagi, anaknya sepatutnya mendapat kerakyatan sebaik sahaja dilahirkan.


“Tak kisah dengan siapa saya berkahwin atau dengan siapa saya bersama. Kalau lelaki boleh direct kenapa wanita tidak boleh?


“Kita tinggal di negara yang kerajaannya mendiskriminasi wanita. Kerajaan okey untuk menerima rayuan, untuk menidakkan hak saya sebagai wanita di negara saya.


“Apa yang dia boleh buat kalau dia ada dua kewarganegaraan pun sekarang sebab dia ada hak untuk memilih apabila sudah dewasa kelak,” katanya.


Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen menyokong usaha Loca B bagi mendapatkan hak anaknya itu.






Dalam perkongsian tersebut, Loca turut memaklumkan visa Yusuf akan luput susulan pejabat imigresen yang tidak dibenarkan sebarang temujanji susulan pandemik.


Ujarnya, Loca perlu mendapatkan surat hak penjagaan anak di mahkamah bagi membolehkan pembaharuan visa, namun tarikh perbicaraan di mahakamah telah dipindahkan dari Jun ke bukan Disember.


Difahamkan, Yusuf Alexender kini berusia 5 tahun merupakan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Loca B bersama bekas suaminya yang bukan merupakan warganegara Malaysia.

Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments