Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya cuma nak hidup saya kembali. Saya nak masuk KLCC tanpa bawa bodyguard, kata Caprice

 


Aktivis kemanusiaan sensasi, Caprice tampil mempertahankan tindakannya dikatakan sengaja cuba menjatuhkan atau memburukkan reputasi pendakwah bebas  yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.


Kata pemilik nama lengkap, Ariz Ramli itu, menerusi satu sesi soal jawab (Q&A) dalam Instastory, untuk mendapatkan keadilan, individu yang terlibat perlu didedahkan.


“Dengar sini, apabila berjuang untuk mendapatkan keadilan, seseorang itu perlu jatuh.



“Tetapi, sebagai seorang Muslim, kita ada tanggungjawab, apabila dia jatuh (sudah didedahkan), kita kena ubatkan dia ke jalan Allaha. Insya-Allah,” katanya.


Caprice memberi jawapan tersebut ketika menjawab pertanyaan daripada seorang netizen berbunyi ‘Adakah seronok menjatuhkan dia?’.


Dalam pada itu, dalam satu pertanyaan lain yang dilontarkan netizen lain, Caprice memaklumkan, ejekan ‘acah acah’ bercakap dalam bahasa Inggeris merupakan antara perkara paling menyakitkan hati datang dari bibir kebanyakan orang tentangnya.


“Saya dah lima tahun bagi ceramah, masuk TV, buat konten, tapi baru-baru ini satu Malaysia kecam cakap saya acah-acah ‘speaking’, pelat. Itu semua agak menyakitkan hati,” ujarnya.


Tuturnya lagi, dia sudah penat hidup berasa tidak selamat hingga terpaksa mengupah bodyguard (pengawal) apabila berada di luar rumah selepas isu Gaza, Palestin meletus lebih dua bulan lalu.



“Saya cuma nak hidup saya kembali. Saya nak masuk KLCC tanpa bawa bodyguard. Saya tahu bukan satu perkara yang mudah. Benda ini luar biasa.


“Kalau kalian tanya saya sekarang, saya marah. Yang kata saya acah acah ‘speaking’, itu fitnah. Yang kata saya upah orang untuk buat semua kerja ini, fitnah,” katanya.


Terdahulu, konflik antara Caprice dengan pendakwah itu mula bercambah semasa sama-sama menjayakan misi kemanusiaan Gaza, Palestin. Terbaharu, satu Malaysia sedang menunggu kesahihan dakwaan kes gangguan sekksual membabitkan penceramah terbabit yang masih dalam siasatan pihak berkuasa. 


Sumber :  K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments