Ticker

6/recent/ticker-posts

Mata kanak-kanak kecil 5 tahun berubah jadi juling disebabkan kerap sangat bermain gadget, ibu takkan lupa saat anak dihina

 


“Sebenarnya saya ada membuat perkongsian pada awal tahun lalu, namun tak sangka ia viral… dan kini viral lagi sekali. Memang tak ada perancangan nak share tapi ketika itu saya sedih apabila ada yang menghina keadaan mata anak saya, Amanda.


“Sebagai ibu, saya turut sama terasa. Jadi saya luahkan di Facebook dan bercerita mengenai apa yang dialami oleh anak saya sebagai pengajaran bersama.


“Punca kepada masalah matanya kerana telefon. Saya beri Amanda telefon mengikut kehendak dia. Dalam sehari agak kerap juga, jadi matanya terlalu fokus kepada gajet dan jadi ‘lazy eyes’.


“Kali pertama jumpa doktor pakar mata pada Februari tahun lalu. Masa buat check-up, doktor kata Amanda rabun, power pun tinggi. Doktor suruh pakai cermin mata untuk tegakkan mata dia semula. Andai kata pakai spec pun matanya tak normal semula, pilihan terakhir adalah pembedahan,” katanya kepada mStar.


Sheda pernah menangis apabila ada orang memperkatakan mengenai keadaan mata anaknya.


Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, sehingga kini Amanda yang berusia hampir lima tahun sudah menghadiri tiga temu janji dengan doktor pakar.


Dalam tempoh itu, Sheda berkata keadaan mata anaknya menunjukkan perubahan sungguhpun masih belum kembali normal sepenuhnya.


“Kali terakhir temu janji adalah Julai lalu. Rabunnya dah turun sedikit. Doktor kata, keadaan juling itu bergantung kepada rabun. Pelbagai cara yang disarankan oleh doktor kami cuba.


Ibu mana tak sedih kan… tambah-tambah lagi bila tengok anak saya sedih dan malu.


“Amanda memang kena pakai spec selalu terutama kalau menonton televisyen. Waktu dia nak main gajet memang dihadkan sangat-sangat. Mula-mula memang susah juga, tapi kena kental dan pandai-pandai pujuk. Sekarang Amanda da besar sikit, dan makin lama dia makin faham.


“Saya kena buat benda yang sama juga dekat adiknya, Medina, sebab tak mahu apa yang dilalui Amanda akan berlaku padanya juga,” ujar wanita berusia 33 tahun ini.


Mengimbas kembali detik ketika mata puteri sulungnya mengalami masalah, Sheda berkata dia tidak dapat melupakan kata-kata segelintir orang di sekelilingnya yang tanpa rasa bersalah menggelar anaknya ‘juling’.


Selepas tiga kali temu janji dengan pakar, mata Amanda beransur pulih berbeza berbanding keadaan sebelumnya.


“Ibu mana tak sedih kan… tambah-tambah lagi bila tengok anak saya sedih dan malu. Saya cepat-cepat peluk dia dan kata ‘tak apa, nanti mata kakak boleh baik semula, kakak mesti cantik. Kakak kena rajin pakai spec dan jangan lama main telefon.’


“Saya sering pujuk dan beri kata semangat, dalam masa yang sama ikut saranan doktor, serta buat exercise mata.


“Buat ibu bapa di luar sana, ambil kisah ini sebagai teladan. Jangan terlalu ikut kehendak anak bimbang memudaratkannya di masa depan. Tambah-tambah pula mata ni aset kan.


“Doa memang tak lekang dari mulut saya setiap hari moga anak saya pulih dan normal seperti sebelumnya. Pada mereka yang kutuk, mungkin tak jadi pada anak mereka sekarang. Tapi jangan lupa untuk beringat,” ujarnya mengakhiri bicara. 


Sumber – mStar  Online

Post a Comment

0 Comments