Ticker

6/recent/ticker-posts

DSV bakal menamatkan zaman janda dengan iqbal bulan disember ini?

 


Menerusi sesi IG Live malam tadi, perkongsian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsikan tarikh perkahwinannya dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal.


Meskipun tidak mengumumkan tarikh, namun Iqbal sendiri tampil memberikan respon ketika sesi live berkenaan dengan meninggalkan komen ringkas “Bulan 12”.


Tidak mengulas lanjut mengenai jal perkahwinannya itu, Vida bagaimanapun sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan untuk dirinya.


“Banyak yang hubungi ucap tahniah in advance, terima kasih sangat dan Tuhan mendengarlah kita punya doa iaitu kita nak kaya dunia dan akhirat.



“Alhamdulillah, saya dapati di dunia ini doa itu penting. Ikhlas daripada hati semua yang kongsi ‘saya ada kembar dan saya nak Datuk dapat anak kembar’ walau saya rasa agak mustahil.


“Akan tetapi kalau Allah kata ‘kun’ InsyaAllah akan menjadi,” katanya.


Minggu lalu, Ahmad Iqbal merancang untuk meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat. Iqbal berkata Vida turut meminta untuk mengikut adat berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu.

Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments