Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya bertarung sakit, anda sibuk cakap soal mati, kata Elyana

 


Penyanyi Elyana merayu kepada peminat dan pengikutnya di laman sosial Instagram agar berhenti berkongsi cerita kematian membabitkan pesakit kanser di ruangan komen.


Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata, dia mahu peminat memahami keadaan dirinya yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk merawat kanser limfoma yang dihidapinya.



"Pada saat saya sedang menjalani rawatan kemoterapi, saya merayu sangat kepada anda yang ingin menceritakan pengalaman kenalan rapat anda yang tewas kerana kanser dihentikan.


"Saya faham niat baik anda, tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan mental dan fizikal. Jangan menakutkan pesaakit yang sedang saakit. Maaf jika permintaan saya ini keterlaluan," katanya.



Terdahulu, Harian Metro melaporkan Elyana memulakan rawatan kemoterapi bermula semalam.


Sebelumnya, Elyana yang sudah beberapa hari dimasukkan ke hospital turut bersyukur kerana ujian darah dan jantungnya menunjukkan keputusan positif.


Malah, dalam perkongsian hantaran di Instagram, Elyana sebelum itu menahan saakit selama sebulan sehingga menyebabkan dia tidak dapat tidur nyenyak kerana berasa kurang selesa.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments