Header Ads

Breaking

Wednesday, September 29, 2021

Saya tak minat guna minyak pengasih, susuk, kata King Coco

 


Menerusi satu perkongsian di Insta Story, selebriti media sosial, King Coco memuat naik paparan skrin ada menerima mesej daripada individu menawarkan perkhidmatan minyak pengasih, pelaris dan memasang susuk.


King Coco atau nama sebenarnya Masyaira Ismail berkata meskipun dia pendosa namun dia tidak akan sesekali melakukan amalan terkutuk itu untuk memikat lelaki.


“Saya ni memang tak baik. Pendosa tapi saya taklah sampai tahap nak duakan Tuhan. Kalau orang dah tanak kat kita takkan kita nak guna ‘guna-guna’ pulak,” katanya.



Sementara itu, dalam beberapa perkongsian lain, King Coco turut berseloroh tidak mahukan lagi suami orang.


Terdahulu, Coco mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor. Namun, enggan berkongsi lanjut mengenai tarikh mereka bercerai.

Sumber : ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.