Ticker

6/recent/ticker-posts

Suka sebar keburukan orang, satu lagi jenis suka buka pekung sendiri

  


Semuanya bermula dengan kemelut di bumi Gaza, PaIestin kemudian timbul pula cerita baharu membabitkan Ebit yang didakwa dengan banyak tuduhan melakukan seerangan dan jnayah sekksuaI.


Tambah memanaskan situasi yang sedia tegang ketika ini apabila pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil mendedahkan perbualan gangguan seksual didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.


Sejurus perkara berkenaan didedahkan, bertebaran pautan-pautan yang membawa pengguna media sosial kepada sumber berupa video dan tangkap layar perbualan WhatsApp yang didakwa sebagai bukti sahih tentang perlakuan tidak senonoh pendakwah terbabit.


Sedangkan suspek yang dituduh sebagai ‘penjnayah sekksuaI’ itu iaitu Ebit masih mengambil jalan selamat dengan berdiam diri apabila dilihat langsung tidak tergugat meskipun namanya sudah trending dalam Twitter.


Ketika ditanya tentang kesahihan video-video Iuucah tersebut yang sudah berlegar jauh dalam setiap pelosok media sosial, Caprice tidak mengiyakan atau menidakkan.


Ebit-pendakwah vs Vida-Iqbal



Sebaliknya penyanyi lagu Wat Lek Wat Peace itu ‘meniru’ langkah selamat diambil Ebit dengan tidak memberi sebarang jawapan.


Tetapi, sesuai dengan peribadinya yang dilihat gemar bermain tarik tali dengan isu panas membabitkan dirinya dengan Ebit sejak dahulu, Caprice sebaliknya hanya mengajuk kelakuan lelaki dalam video berkenaan.


Bercakap tentang kepedulian netizen yang tidak menang tangan dengan pelbagai isu panas dalam negara, satu hal yang termasuk dalam kategori sama adalah konflik ‘gerbang bahagia’ usahawan sensasi Datuk Seri Vida dengan bekas pembantunya, Iqbal Zulkefli.


Iqbal mengaku kalah dalam perjuangannya menawan hati anak-anak Vida untuk merestui perkahwinan mereka. Lelaki itu tiba-tiba mengangkat bendera putih isyarat hilang daya untuk meneruskan perang bermati-matian, namun halangan tak mudah ditumpaskan.


Sama seperti kes Caprice dan Ebit, kisah Vida dan Iqbal juga sudah dilabel sebagai sinetron oleh netizen sebab berantai-rantai episodnya. asyik tentang pasal mereka, mana tak bosan kata netizen.



Cuma harus diakui, keinginan Iqbal melamar Vida sebagai suri hatinya sememangnya sangat mengundang kecaman, bahkan dilabelkan sebagai lelaki yang cuba mengambil kesempatan.


Tambah memualkan adalah tindakan Iqbal berkongsi nilai barangan berjenama yang dipakainya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semuanya ‘mega’ mewah.


Baru-baru ini pun, lelaki itu sekali lagi dikecam gara-gara menunjukkan kekayaan dimilikinya dengan mencampak wang kertas ketika ditemu bual sebuah portal. Katanya, jika dia sendiri sudah ada banyak wang dan kaya-raya, kenapa nak kikis Vida pula?


Menunjuk atau mahu membuktikan sesuatu? Kekayaan yang dimilikinya tidak perlu dipersoalkan tetapi keghairahan dan intuisinya sahaja yang menimbulkan persoalan.


Artis atau netizen, satu pihak gemar membuka pekung sensasi demi publisiti.


Pihak satu lagi pula dengan fungsi caci-maki yang tidak akan pernah habis selagi media sosial masih berfungsi. Jadi, semuanya sama. Tepuk dada, tanya akal.

Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments