Ticker

6/recent/ticker-posts

Keuntungan semasa Astro merosot teruk berpunca dari penurunan jumlah langganan

 


Penurunan jumlah langganan dan pengiklanan menjadi punca utama keuntungan Astro Malaysia Holdings sepanjang Februari-April 2020 merosot dari RM176.2 juta kepada RM73.84 juta.


Astro turut melaporkan prestasi syarikat mereka itu dalam satu perfailan di Bursa Malaysia.


Pendapatan kumpulan itu turut terjejas akibat kerugian pertukaran mata wang asing, meskipun kos perbelanjaan mereka menurun hasil penjimatan kos kandungan.


Disebabkan oleh kemerosotan keuntungan ini, pelabur saham Astro turut mencatatkan penurunan pendapatan iaitu sebanyak 1.42 sen per syer berbanding 3.38 sen per syer dalam tempoh sama pada tahun lepas.


Pendapatan tahun-ke-tahun Astro juga mencatatkan penurunan sebanyak 14.7% kepada RM1.05 bilion pada suku pertama tahun kewangan 2021. Sebagai perbandingan, pada suku pertama tahun kewangan 2020, Astro mencatat RM1.23 bilion untuk pendapatan tahun-ke-tahunnya.


 

Jika pendapatan Astro dipecahkan mengikut segmen, pendapatan tahun-ke-tahun segmen TV kumpulan tersebut jatuh 15.7% kepada RM920.4 juta. Perkara ini disebabkan oleh penurunan jumlah langganan dan pendapatan iklan.

Pendapatan tahun-ke-tahun segmen radio juga menurun, kali ini sebanyak 37.5% kepada RM37.2 juta.


Penurunan pendapatan ini difahamkan berpunca daripada wabak pandemiik C0VID-19 yang membuatkan banyak syarikat mengurangkan bajet pemasaran dan promosi mereka.


Jika ada satu berita gembira buat Astro, ia adalah persembahan segmen pembelian-dari-rumahnya atau Go Shop. Pendapatan Go Shop meningkat 14.1% kepada RM95.3 juta, dipercayai kerana jumlah tontonan yang meningkat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Hari Raya Aidilfitri.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan (gambar bawah), Astro turut tidak terkecuali menerima kesan waabak C0VID-19 kerana mencatat penurunan perbelanjaan iklan dan kesukaran menjual dan memasang pakej langganan baru semasa PKP.


Untuk mengatasi masalah itu, Astro berkata mereka telah memperkenalkan pakej langganan yang lebih fleksibel dengan aturan pembayaran yang lebih rasional.



“Pada masa sukar ini, kami tidak membenarkan pelanggan untuk membatalkan langganan buat sementara waktu. Sebaliknya kami menawarkan pelan pembayaran ansuran kepada pelanggan yang layak untuk meringankan beban kewangan mereka,” kata Henry.


Sebagai ganti kepada pembatalan aksi sukan akibat wabaak C0VID-19 baru-baru ini, Astro turut memberi semua pelanggan Sports Pack tontonan semua saluran secara ikhlas.


Setiap pelanggan Sports Pack turut diberi rebat RM40 secara sekali-guna sebagai usaha Astro untuk mengekalkan jumlah langganan mereka.

Kredit: wowberita

Post a Comment

0 Comments