Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemuda UMNO kecewa pengeluaran KWSP i-Citra RM10,000 yang dituntut rakyat tidak dipenuhi dalam Bajet 2022

 


Pergerakan Pemuda UMNO ternyata kecewa dengan bajet 2022 apabila ada beberapa #TuntutanRakyat diperjuangkan pihaknya tidak dipenuhi.


Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun pihaknya tidak menafikan ada beberapa #TuntutanRakyat yang diperjuangkan ditunaikan kerajaan termasuk moratorium tanpa faedah.



“Namun antara yang menjadi harapan besar majoriti rakyat iaitu Pengeluaran Simpanan KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off yang tidak dimasukkan oleh kerajaan dalam pembentangan semalam.


“Apakan daya, walaupun perkara ini telah berkali-kali diperjuangkan secara konsisten bahkan diutarakan di dalam pelbagai medium, platform termasuk mengadakan siri-siri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi negara hatta pengurusan tertinggi KWSP,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.


Bagaimanapun, Asyraf Wajdi menegaskan pihaknya tidak boleh lepas tangan.




Menurutnya, dokumen-dokumen Belanjawan 2022 termasuklah Laporan Ekonomi dan Teks Ucapan YB Menteri Kewangan akan diteliti dengan mendalam oleh kami secara bersama.


“Banyak cabaran dan kekangan yang akan dihadapi oleh semua pihak termasuklah Pemerintah untuk menjayakan Belanjawan 2022 ini. Andaian ekonomi dan pengenalan cukai dan duti eksais baru untuk menampung perbelanjaan besar yang dirancang sudah pasti akan memberi impak kepada iklim

perniagaan dan harga pengguna kelak,” katanya.


Oleh yang demikian, pandangan, kritikan dan cadangan-cadangan untuk penambahbaikkan Belanjawan 2022 oleh Pemuda UMNO akan disampaikan kepada anggota pentadbiran kerajaan dan ahli-ahli Parlimen.


“Kami mahu manfaat sebenar dari Belanjawan 2022 akan sampai kepada rakyat dan memangkin kepada pemulihan ekonomi negara,” ujarnya.


Sumber :- MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments