Ticker

6/recent/ticker-posts

KJ Mahu ‘Susahkan’ Kehidupan Anti-Vaksin, Zul Yahya Dan Rita Rudaini Tampil Sepakat Bersuara!

 


Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan ramai apabila mahu mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang menolak vaksin.


Tindakan itu dipercayai antara sebahagian komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin.


Biarpun disambut baik oleh hampir semua masyarakat, namun kenyataan berani itu juga mengundang rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak termasuklah beberapa selebriti terkenal.

Antara mereka yang memberikan padangan adalah pelakon terkenal, Rita Rudaini dan juga Zul Yahya.


Zul Yahya telah membuat satu perkongsian di laman sosialnya mengatakan keputusan kerajaan itu dianggap seolah menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik.


“Ramai ahli keluarga aku, sahabat aku yang ambil vaksin dan juga yang tak ambil vaksin tapi tidak ada jurang permisah antara kami.


“Tidak ada siapa yang lebih atau pun yang kurang, kami masih berkasih sayang kerana Islam itu ada di dalam diri kami. Masing-masing berikhtiar untuk hidup baik,” katanya.


Jelasnya, tidak sampai 10 peratus golongan yang tidak mengambil vaksin dan mereka bukan penjnayah atau pun penggaanas.


“Mereka juga ada dalam kalangan orang alim dan mereka juga banyak membantu negara dan rakyat. Jangan terlalu sombong dengan keputusan kamu hingga menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik,” katanya.


Rita Rudaini jga turut memberikan padangan yang seakan sama dengan Zul Yahya.

Rita turut memuat naik hantaran di media sosialnya menyuarakan pendapatnya tentang vaksin kerana itu adalah haknya sebagai rakyat.

“Ya saya ‘prosafe’ pun tak ada hak. So antivaksin ke, ‘prosafe’ ke, saya menyuarakan hak sebagai rakyat yang bayar tax, cukai pintu dan macam-macam lagi.

“Takkanlah bersuara pasal hak pun dikatakan melawan kerajaan, kita bukan buat jeenayah apatah lagi menghasuut,” katanya.


Untuk rekod bersama, Menteri kesihatan Khairy turut menjelaskan kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.


“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.


“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Sumber asal : GEMPAK

Post a Comment

0 Comments