Ticker

6/recent/ticker-posts

Nur Mustika Bengang Terpaksa Hadap Masalah Abang Sendiri

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat. Seorang usahawan kosmetik berjaya yang tidak pernah lekang dengan kontroversi.


Terbaru, Sajat dikatakan sudah berada di Australia dan dia kini dikehendaki oleh pihak . Mungkin sudah terlalu lama memendam perasaan tentang kontroversi membabitkan usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, adiknya Nur Mustika akhirnya tampil meluahkan apa yang terbuku di hati.


Ujar Mustika, dia begitu terbeban dengan masalah yang dicetuskan abangnya yang kini dilihat sedang menikmati saat bahagia setelah didakwa berjaya melarikan diri ke Austalia.


"Aku tak ada kena mengena dengan perbuatan Sajat. Dia tak peduli sesiapa, jadi buat apa aku nak peduli setiap tindakan dia.


"Tapi dugaan bukan kecil apabila aku sebagai perempuan kena tanggung perbuatan dia selama ni."Dia tinggalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kene tanggung,"



Luahan berkenaan dibuat sehari selepas mStar melaporkan tentang berita yang mendakwa Sajat kini berada di Australia selepas berjaya melarikan diri dari Thailand.


Difahamkan kemarahan Mustika terhadap Sajat turut berpunca daripada sikap netizen yang bertindak 'menyerang' platform media sosialnya dengan pelbagai hiinaan dan t0hmahan.


Mustika turut kesal apabila ada segelintir media dan blog tersalah menggunakan fotonya bagi mengiringi berita berkaitan Sajat.


"Kesiannya netizen dpt maklumat salah. Kalau mana yang tak tahu ini gambar Mustika dan bukan gambar Sajat... dah tentu ramai datang Instagram ni srang," tulisnya pada kapsyen bersama posting tangkap layar daripada sebuah portal berita.


Kata Mustika lagi, reputasinya sebagai influencer juga terjejas dengan kontroversi Sajat.


Menurut Mustika, paling mengecewakan apabila kontroversi membabitkan Sajat turut menjejaskan anaknya.


"Aku ni seorang ibu, ada anak kandung. Kesan-kesan negatif boleh timpa anak aku. Macam mana dia nak ke sekolah?


"Kuatkah dia apabila orang cakap atau perli dia atas perbuatan pakcik dia? Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini dalam setiap dugaan diberiNYA," katanya.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments