Ticker

6/recent/ticker-posts

Takkan perangai macam haiwan, hari-hari tidak penat ke menyindir, kata Rita Rudaini

 


P/s : Gambar sekadar hiasan

Pelakon, Rita Rudaini memuat naik perkongsian hantaran status dia tidak ambil peduli dengan susulan kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri.


Jelas pelakon filem Mami Jarum itu, dia lebih mengutamakan kesihatannya ketika ini.


“Bagi aku tidak penting balik kampung, bercuti rentas negeri atau pun negara. Aku tidak batak (tidak ingin). Yang penting bagi aku sekarang kesihatan itu keperluan asas.


“Anda yang dapat rentas dan makan di restoran pun masih nak dengki dan busuk dengan aku? Anda memang lawak.



“Setakat dine-in, masuk pusat beli belah dan rentas apa lagi? Itu saja ‘nikmat’ yang boleh beri? Tidak hadaplah,” ujarnya.


Tambahnya, andai diberikan ganjaran syurga lebih bermakna buat pelakon berkenaan.


Luahnya lagi menerusi hantaran berbeza di Instastory miliknya, dia dihujani mesej oleh netizen berbaur sindiran dek tidak dapat berbuat demikian.



“Semoga selamat pergi dan balik. Banyakan beristighfar. Kita saudara sesama Islam.


“Takkan perangai macam haiwan, hari-hari tidak penat ke menyindir,” luahnya lagi.


Sementara itu, katanya, biarpun rakan-rakan artis dan ahli keluarga lain sudah lengkap dua dos vaksinasi 14 hari, hubungan mereka tetap baik-baik sahaja.


Sumber : Utusan Online



Post a Comment

0 Comments