Ticker

6/recent/ticker-posts

Kita boleh buat sekali dengan video muzik atas pasir dengan Range Rover, kata Caprice

 


Usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas menawarkan RM500,000 kepada mana-mana pihak yang dapat menghasilkan lagu buatnya.


Selanjutnya, selepas ramai dilihat mempertikaikan hasratnya, dia tampil memberitahu bajetnya itu rendah kerana merangkumi kos video muzik.


Malah, dia turut menyifatkan terpaksa berjimat pada waktu ini ekoran keadaan ekonomi tidak dapat dijangka.


“Kenapa ramai pertikai saya mahu keluarkan bajet RM500,000? Nilai ini bukan untuk lagu sahaja, ia termasuk kos video muzik.



“Ada yang tawarkan RM600,000. Jadi saya rendahkan sedikit kerana ekonomi sekarang kita tidak boleh jangka. Saya terpaksa berjimat cermat,” katanya di Instastory.


Dalam pada itu, penyanyi rap dan usahawan terkenal, Caprice dilihat memberi respon kepada tawaran usahawan berkenaan, menerusi Instastory miliknya.


Jelas Caprice, dengan bajet tersebut dia boleh menghasilkan lagu beserta video muzik atas pasir menaiki kereta mewah, Range Rover.


“@ahmadiqbalzulkefli, kita boleh buat sekali dengan video muzik atas pasir dengan Range Rover. InsyaAllah, sek sek kito,” ujarnya ringkas.



Sehubungan itu, Iqbal meminta pendapat orang ramai sama ada Caprice boleh dipilih untuk menghasilkan sebuah lagu untuknya atau sebaliknya.


Sementara itu, dia juga tidak mahu dirinya disamakan dengan pengasas produk lain yang pernah menghasilkan lagi kerana dia mendedahkan pernah menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini.

Sumber : Utusan Online

Post a Comment

0 Comments