Ticker

6/recent/ticker-posts

Dah 2021... Tolong pesan kat anak perempuan, berhentilah sendukkan nasi untuk orang lelaki..

 


Sudah menjadi kelaziman anak perempuan duduk di dapur dan melakukan kerja rumah. Sehinggakan ada anak lelaki yang walaupun sudah dewasa tetapi langsung tidak reti buat kerja didapur.


Bukan setakat masak namun ada yang sampai nak ceduk nasi kat dapur pun disuruhnya adik beradik perempuan yang lain tolong buat untuknya.


Baru-baru ini viral di media sosial luahan seorang netizen yang menggunakan nama @Little_wing93. Pengguna twitter ini telah menulis sekarang sudah tahun 2021 serta meminta kepada anak perempuan supaya berhenti sendukkan nasi untuk kaum lelaki seperti kebiasaannya yang dilakukan oleh orang perempuan.

 

Luah wanita itu lagi, tiada masalah jika sendukkan untuk suami atau bapa tetapi tidak perlu untuk adik-beradik kerana mereka boleh lakukan sendiri.




Seperti biasa, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang menyangkal pendapat wanita itu.


Kata netizen, jika zaman dahulu, lelaki yang mencari rezeki namun kini semuanya sama rata apabila wanita juga turut mencari duit namun layanan antara anak lelaki dan perempuan tetap berbeza.




Malah, ada beberapa netizen wanita meluahkan rasa jika rumah bersepah anak perempuan juga yang disalahkan sedangkan duduk rumah bersama-sama.


Lebih menyakitkan hati, jika cuba menegur adik beradik lelaki supaya membantu untuk membuat kerja rumah pasti ibu bapa akan mempertahankan mereka.

Sumber : GuIapop

Post a Comment

0 Comments