Ticker

6/recent/ticker-posts

Terlalu Sibuk Jaga Anak, Berat Ayda Jebat Turun Sampai 45 Kg

 


Pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu. Dua bulan sudah pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat bergelar seorang ibu.


Ayda jebat mengakui dia melalui fasa mencabar untuk menguruskan anak serta proses berpantang.


Kata Ayda lagi, beratnya turun mendadak sehingga 45 kilogram kerana sibuk menguruskan anak. Bagaimanapun, Ayda berkata dia gembira dapat melihat anaknya didepan mata.


“Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, dapat main dengan dia dan dapat memanjakannya. Ibu mana di dunia ini yang tak bahagia apabila sudah ada penceria dalam keluarga kan?


“Tapi disebabkan semua hal tentang anak saya cuba usaha untuk uruskan, berat badan saya pun turun dengan mendadak. Mungkin letih kot, saya sendiri terkejut sebab saya tak diet pun.


“Tak sangka pula, sebab apa yang lakukan hanyalah jaga Ana, berpantang dan makan banyak. Mungkin juga sebab menyusu badan, sebab tahu-tahu berat turun sampai 45 kg,” katanya.


Kata Ayda lagi, dia tidak kisah penat asalkan dapat bersama anaknya setiap masa. Ayda turut meluahkan rasa syukur suaminya, Nabil Mahir banyak membantunya untuk menjaga dan menguruskan anak mereka.



“Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah penat sikit, asalkan kami dapat melihat anak setiap masa dan menguruskan keperluannya.


“Kalau nak tahu Nabil banyak jaga Anak. Memang kalau boleh semua hal tentang anak Nabil akan cuba settlekan. Most of the time pun Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat. Tapi saya pula yang kurus,” katanya.


Sumber : ROTlKAYA

Post a Comment

0 Comments