Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki rampas beg tangan ketika kemaIangan ditahan pihak poIis

 


Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai merampas beg tangan dari kenderaan wanita yang terIanggar keretanya di kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, lelaki itu ditahan selepas membuat laporan polis berkaitan kemaIangan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, kira-kira jam 6.30 petang semalam.


"Siasatan mendapati, kemaIangan yang tular di media sosial itu berlaku pada 1.33 tengah hari (semalam) membabitkan tiga kenderaan.


"Kejadian berlaku apabila wanita yang memandu kereta BMW terIanggar belakang sebelah kanan kereta Proton Gen 2 dipandu lelaki terbabit di hadapannya.


"PeIanggaran itu menyebabkan kereta lelaki yang berusia 56 tahun itu terIanggar sebuah lagi kereta jenis Honda HRV di hadapan yang dipandu oleh seorang wanita.


"Bagaimanapun, tiada kecedeeraan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya dalam kenyataan malam tadi.


Baharudin berkata, polis turut membuka kertas siasatan berhubung tindakan lelaki berkenaan mengikut Sesyen 379/323 Kanun Kesekksaan.


"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan diminta membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Sarjan Hafizi Hashim (013-9557042)


Dalam video berdurasi satu minit 30 saat itu, lelaki itu meminta kad pengenalan wanita yang terIanggar keretanya dipercayai untuk membuat laporan polis.



Dia kemudian bertindak merampas beg tangan wanita terbabit dan membawanya ke kereta sambil mengarahkan wanita berkenaan mengikutnya membuat laporan polis.


Kejadian dipercayai berlaku berhampiran stesen minyak Shell dan Petron di Lebuhraya Persekutuan sebelum susur ke Sesyen 13 serta Lebuhraya Guthrie.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments