Header Ads

Breaking

Saturday, November 27, 2021

Hanya disebabkan berstatus pendatang asing, lelaki ini tidak dibenarkan masuk masjid tunai solat jumaat?

 


Warganet meluahkan kekesalan selepas pengurusan sebuah masjid yang menghalang seorang warga asing daripada memasuki rumah ibadah tersebut atas alasan hanya boleh dimasuki masyarakat tempatan.


Gambar warga asing itu berlalu pergi selepas dihalang menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut walaupun sudah beratur lebih awal berbanding warga tempatan lain tular dalam laman sosial hari ini.

Seorang pengguna Twitter, Azboroi mendakwa, warga asing itu tidak dibenarkan masuk bukan disebabkan ketiadaan aplikasi MySejahtera tetapi pengurusan masjid itu sendiri ingin menyimpan kuota untuk masyarakat tempatan.


“Brader ni foreigners, tak dibenarkan masuk solat Jumaat. Siapa yang kata Islam di Malaysia ni tak kenal ras dan warna kulit, memang penipu.



“Hal ni berlaku depan aku tadi. Brother ni sampai sedikit awal dari aku, aku berdiri belakang dia. Tak sempat check MySejahtera terus cakap ‘you foreigner kan? Foreigner tak boleh masuk, locals saja,” ciapnya di laman Twitter.


Rata-rata pengguna Twitter yang melihat ciapan itu meluahkan perasaan tidak senang dengan layanan ‘dua darjah’ terhadap warga asing tersebut dan geram mendengar alasan diberikan pengurusan masjid.


“Nak kata tempat dah penuh, kebanyakan masjid dah tak ada limit kuota. Kadang sampai kat luar masjid atas jalan tar pun ada orang bentang sejadah. Kalau betul, menganiaya orang tu namanya,” ciap nrhnsharol.




“Bayangkan tak masuk syurga sebab halang orang lain buat solat Jumaat, bayangkan beria layan bangsa ‘Mat Saleh’ elok-elok padahal kat negara lain bangsa Melayu dilayan macam bangsa kelas ketiga,” ciap Malissa78587405.


“Orang yang diskriminasi ni, kalau diorang pergi tempat orang kena batang hidung sendiri, baru dia faham agaknya,” ciap zyias.


“Apa dah jadi dengan Malaysia sekarang ni. Satu agama pun dihalang dari masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat,” ciap Weast59292905. 


Sumber : – Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.