Header Ads

Breaking

Tuesday, November 2, 2021

Saya maafkan mereka semua tapi tetap Iawan sampai ke mahkamah rayuan, kata Bapa Zulfarhan

 


"Berat nak cakap, tetapi jujurnya saya maafkan tertuduh, apa yang mereka buat kepada anak saya. Dengan maafkan, barulah ada kelegaan tetapi saya akan lawan sampai ke maahkamah rayuan," kata Zulkarnain Idros, bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.


Zulkarnain, 57, berkata demikian ketika diminta berkongsi perasaannya selepas mendengar keputusan hakim terhadap 18 tertuduh yang didakwa menyebabkan kematian tanpa niat terhadap anak sulungnya, Zulfarhan yang meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.


Menurutnya, dia mengucapkan terima kasih kepada hakim kerana memberi keputusan yang sewajarnya walaupun tidak mengenakan hukuuman ganntung sampai maati mengikut Sesyen 302 Kanun Kesekksaan.

"Kalau ikutkan hati, tak puas hati juga apabila dipennjara 18 tahun saja.



"Bagaimanapun, saya dimaklumkan pihak pendakwa raya akan failkan ke maahkamah rayuan dalam masa 14 hari dan tertuduh juga akan failkan pembelaan di Putrajaya.


"Pesanan saya kepada masyarakat di luar sana jangan jadi pembuli. Perbuatan itu menyebabkan saya kehilangan anak sulung yang menjadi harapan, idola dan teladan kepada adik-adik," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di perkarangan Kompleks Maahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Ditanya bagaimana hubungannya dengan keluarga tertuduh, Zulkarnain berkata, hanya satu keluarga saja yang datang datang memohon maaf kepadanya dan isteri.


"Satu keluarga saja yang datang, seolah-olah anak saya pula yang bersalah dan membunuh.


"Janganlah begitu, kita sebagai bapa, jangan putuskan silaturahim," katanya.



Sementara itu, isterinya, Hawa Osman, 58, mengakui sering menangis setiap kali melihat pingat milik Zulfarhan yang diletakkan di depan katilnya.


Hawa berkata, ia kerana Allahyarham Zulfarhan pernah memesan supaya melihat pingat itu jika merinduinya.


"Saya sebagai ibu amat terkesan dan selalu menangis mengenangkan arwah kerana bergantung kepada Zulfarhan untuk membawa saya ke mana-mana.


"Saya juga setuju dalam masa 14 hari ini, kes ini dibawa ke maahkamah rayuan dan saya akan ke sana juga.


"Kepada tertuduh, mereka diberi pulang oleh hakim kerana kesalahan pertama. Jangan ada kesalahan kedua, ketiga selepas dibebaskan daripada hukuuman pennjara, itu yang saya minta," katanya.


Maahkamah Tinggi hari ini, menjatuhkan huukuman penjaara 18 tahun terhadap enam penuntut UPNM kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kemaatian tanpa niat Zulfarhan Osman.

Sumber : HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.