Header Ads

Breaking

Tuesday, November 2, 2021

Saya Sendiri Pun Masih Terkontang-Kanting Macam Mana Nak Jaga Orang Lain, Kata MK K-Clique

 


Buat penyanyi rap yang semakin dikenali dalam dunia lakonan, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita tentang hal peribadi.


Katanya, buat waktu sekarang, apa yang menjadi keutamaannya adalah orang sekeliling termasuk keluarga dan peminat yang sangat memberi dorongan serta sokongan terhadapnya untuk terus memberi sehabis baik dalam dunia seni tanah air.


“Saya sendiri pun masih terkontang-kanting apatah lagi nak jaga orang lain.


“Nak dirikan masjid atau berkeluarga bukan satu perkara yang mudah. Banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam diri ini.



“Saya nak kumpul duit untuk keluarga dan orang-orang sekeliling yang saya sayang terlebih dahulu. Keluarga di Sabah pun perlukan banyak bantuan terutama pada waktu sekarang disebabkan pandemik C0vid-19,” katanya kepada HibGlam.


MK ditemui pada majlis pelancaran 2 Juta Bangkit Belajar PTTI minggu lalu di ibu negara yang menyaksikan dia dan rakan seperjuangan, penyanyi Iman Troye dilantik sebagai duta.


Diasak pertanyaan siapa wanita istimewa yang sedang bertakhta di hatinya ketika ini, MK, 25, memilih jalan selamat untuk tidak berkongsi terlalu mendalam tentang hal berkenaan.


“Buat masa sekarang, saya sedang dalam proses memperbaiki diri. Orang-orang sekeliling yang rapat, saya jaga perasaan mereka.



“Kalau orang tanya sama ada saya sudah berpunya atau belum, saya tak berani nak jawab. Saya nak perbaiki diri terlebih dahulu. Jadi lebih baik untuk diri sendiri, barulah untuk orang lain.


“Saya tak ‘single’, ramai penyokong (tertawa). Saya nak tonjolkan imej baik dahulu dan kemudian mungkin baru boleh masuk cerita yang seterusnya (cinta),” ujarnya berhati-hati.


Hasrat tersebut mahu dicapai MK kerana dia mengakui berasa malu dengan sejarah lampau. Ketika fasa mudanya suatu ketika dahulu, dia banyak tercicir dalam soal melakukan kebaikan.


“Malu kenapa tak jadi lebih baik dari awal tapi saya selesa dan sangat hargai keadaan sekarang. Insya-Allah, saya akan terus konsisten,” luahnya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.