Ticker

6/recent/ticker-posts

Selamat tinggal Malaysia. Bermula hari ini, saya akan tinggal di Indonesia, kata Iqbal Zulkefli

 


Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Hujan itu memuat naik satu video yang memaparkan dia sudah bersedia berangkat ke negara berkenaan, ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Menurut Iqbal, dia pergi membawa diri ke negara seberang itu atas urusan kerja. 


“Selamat tinggal Malaysia. Bermula hari ini, saya akan tinggal di Indonesia.


“Memang atas urusan kerja, namun saya harus membawa diri. Saya pamit,” katanya.



Justeru, usahawan tersebut menitipkan harapan agar di tempat baharu itu dapat menyembuhkan lukanya.


Selain itu, dia turut ‘berterima kasih’ buat semua yang menyakitinya selain mengucapkan penghargaan kepada yang masih sudi mendoakan dirinya.


“Terima kasih kepada semua yang menyakiti saya. Terima kasih yang masih sudi mendoakan.


“Berharap di Indonesia saya akan dapat bahagia dan bertemu dengan orang yang menyembuhkan Iuka. Salam hormat untuk rumah baruku, Indonesia. 



“Jika ada sesuatu doa, pesanan atau apa sahaja, sila tinggalkan di sini. Saya akan baca dengan sepenuh hati,” coretnya panjang.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar urusannya dipermudah di sana.


Terdahulu, Iqbal pernah memaklumkan tidak menolak akan untuk menetap di luar negara kerana tidak tahan lagi tohmahan yang menimpanya.


Sumber : Utusan

Post a Comment

0 Comments