Header Ads

Breaking

Tuesday, November 23, 2021

Tahi Telinga Tidak Perlu Dibuang Kerana Banyak Fungsinya, kata Doktor Ezairy

 


Ramai antara kita yang suka membersihkan telinganya. Kononnya ingin nampak bersih namun ramai yang tidak mengetahui keburukan yang akan  menimpa kepada diri yang mampu memburukkan keadaan. 

Ada sesetengah mempunyai tabiat mengorek telinga yang dianggap sebagai satu kebersihan. Namun satu kajian telah dibuat di American Academy of  Otolaryngology yang mendapati mengorek telinga mampu meIukakan gegendang telinga


Seperti perkongsian dari Dr. Ezairy M.Sallih, beliau menulis di ruangan facebooknya mengatakan Sebab itu doktor selalu pesan tak elok amalkan tabiat mengorek telinga. 

Tak kira sama ada menggunakan besi, cotton bud dan apa sahaja.


Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?


1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkiitan kuman bakteria dan fungal.


2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.


 3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.


Jadi, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:

Mengalami kurang dengar.

Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’

Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini. Gegendang telinga ‘ear drum’ boleh mengalami kebocoran!



Dr. Ezairy M.Sallih

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.