Ticker

6/recent/ticker-posts

Jika diungkapkan dalam keadaan sedar, maka pengucap itu terkeluar dari Islam. Wajib dia bertaubat dan bersyahadah, kata Mufti Perlis

 


Memetik portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kepentingan mengenali Allah SWT adalah kerana daripadanya terbina Rukun Iman. Ia juga adalah hikmah dalam penciptaan sebagaimana firman Allah SWT:


ÙˆَÙ…َا Ø®َÙ„َÙ‚ْتُ الْجِÙ†َّ ÙˆَالْØ¥ِÙ†ْسَ Ø¥ِÙ„َّا Ù„ِÙŠَعْبُدُونِ


Maksudnya: “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin.”


(Surah al-Zariyat: 56)


Mengetahui kewujudan Allah SWT adalah membenarkan kewujudan-Nya tidak sebagaimana kelompok al-Dahriyyah al-Mu’attilah yang menyatakan bahawa alam ini wujud tanpa pencipta. Firman Allah SWT:



 

ÙˆَÙ‚َالُوا Ù…َا Ù‡ِÙŠَ Ø¥ِÙ„َّا Ø­َÙŠَاتُÙ†َا الدُّÙ†ْÙŠَا Ù†َÙ…ُوتُ ÙˆَÙ†َØ­ْÙŠَا ÙˆَÙ…َا ÙŠُÙ‡ْÙ„ِÙƒُÙ†َا Ø¥ِÙ„َّا الدَّÙ‡ْرُ ÙˆَÙ…َا Ù„َÙ‡ُÙ…ْ بِØ°َÙ„ِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ عِÙ„ْÙ…ٍ Ø¥ِÙ†ْ Ù‡ُÙ…ْ Ø¥ِÙ„َّا ÙŠَظُÙ†ُّونَ


Maksudnya: “Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.”


(Surah al-Jathiyah: 24)




Seorang Muslim wajib untuk mengenal Allah. Mengenal Allah bahkan menjadi kewajiban pertama yang harus dilakukannya sebelum menjalankan kewajiban Islam lainnya.  

Terbaharu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui satu posting di Twitter miliknya menjawab kepada video tular dengan kenyataan, “Tuhan juga adalah makhluk halus.”


Portal Mufti Wilayah Persekutuan juga pernah menerbitkan artikel berjudul ‘Sifat Wujud Allah’, dengan pembacaan yang teliti, semoga ia dapat memberikan kita sedikit pemahaman berkenaan sifat Wujud Allah SWT.


Sumber: Pejabat Mufti WPKL Twitter

Kredit : SiakapkeIi

Post a Comment

0 Comments