Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Ramai Orang Malaysia Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Saya?, Tanya Iqbal

 




“Di Indonesia saya aman.”


Begitulah luahan penyanyi dan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli apabila membandingkan sokongan yang diterima di negara seberang berbanding di tanah kelahiran sendiri.


Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi usawahan kosmetik Datuk Seri Vida turut mempersoalkan mengapa terdapat segelintir rakyat Malaysia kerap mempertikaikan setiap perkara yang dilakukannya.


“Mengapa masih ramai orang Malaysia yang kejam dengan saya? Tidakkah ada sedikit rasa belas kasihan, di Indonesia saya aman.


“Saya amat bersyukur jika ada sokongan kerana ketika ini saya perlukan semangat yang telah hilang. Saya tidak pernah berada dalam situasi ini,” luahnya dalam satu entri Instagram.



Menerusi perkongsian sama, pelantun lagu Hujan itu menegaskan apa yang dipaparkan kepada umum ketika hanyalah cerita luaran dan bukanlah realiti sebenar yang dihadapinya selama ini.


“Apa yang anda lihat hanyalah cerita luaran. Saya juga telah mengakui kesilapan sebelum ini, terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang tidak henti-henti memberi semangat walaupun saya tahu bukan mudah,” katanya lagi.


Dalam video yang dimuat naiknya, Iqbal turut menyanyikan sebuah lagu milik Datuk Seri Rossa berjudul Untuk Apa Bertahan bersama penyanyi Indonesia, Azzahra Banilia.


“Dari Malaysia saya sudah dengar lagu ini. Semalam, hampir bergaaduh dengan pengurus saya kerana meminta dia mencari @azzahrabnl untuk melayan kemahuan saya. Ini kerana lagu tersebut sama seperti situasi dialami sekarang,” ujarnya lagi.



Perkongsian Iqbal semakin mengundang pelbagai cemuhan netizen bahkan ada yang menyamakan dirinya dengan seorang lagi usahawan sensasi, Sajat yang lari ke Australia akibat penerimaan negatif Malaysia terhadap dirinya.


Dalam hantaran berbeza, Iqbal turut berkongsi keberadaannya di sebuah kediaman mewah terletak di Jakarta yang didakwa bakal menjadi tempat tinggalnya di Indonesia.


Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments