Ticker

6/recent/ticker-posts

Vida cabar Iqbal cari pengganti sepertinya, rupawan dan genit-genit manja

 


KETIKA kecoh kisah usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli membawa diri ke Indonesia kerana merajuk, Datuk Seri Vida mempersoalkan kemampuan bekas pembantu peribadinya itu dalam mencari pengganti.


Ujar ahli perniagaan sensasi itu, dia yakin Iqbal tidak berjaya menemui penganti baharu di negara seberang itu lebih-lebih lagi wanita yang seperti dirinya.


“Kata dia nak cari penganti di Indonesia, tapi boleh ke nak cari penganti macam aku? Saya rupawan dan genit-genit manja.



“Kau mampu nak cari pengganti seperti aku? tidak sekali-kali! Sekarang saya enjoy dengan kehidupan saya” katanya kepada mStar.


Sementara itu, Vida turut bersyukur anaknya iaitu Cik B telah kembali pulih selepas dijaangkiti C0vid-19.

“Akhirnya Cik B dah bebas daripada C0vid-19, Alhamdulillah proses penyembuhan sangat cepat dan saya sangat bersyukur,” katanya.



Dalam pada itu, Vida berkata dia kini tidak lagi berhubung lagi dengan Iqbal selepas bekas pembantu peribadinya itu mengatakan tidak mahu lagi meneruskan hubungan.


Terdahulu, Iqbal berkata dia kini cuba untuk mendekati dan mahu mengenali Rossa dengan lebih dalam. Iqbal berkata Rossa seorang yang lemah lembut, sopan, tidak gedik mahupun bising.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments