Header Ads

Breaking

Monday, December 20, 2021

Kereta anda tenggelam dek banjir? Wanita ini kongsikan apa yang perlu buat untuk dapatkan claim insuran kereta

 



Keadaan banjir di Lembah Klang ketika ini, terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan-jalan utama ditutup dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bertambah.

Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai yang tidak bersedia dan terperangkap sama ada di kediaman mereka atau di dalam kenderaan di jalan-jalan utama yang dinaiki air.

Melalui perkongsian orang awam di media sosial memaparkan jalan dan penempatan di Selangor dinaiki air antaranya di Shah Alam dan Pelabuhan Klang dan suara-suara meminta bantuan daripada individu yang terperangkap akibat banjir memenuhi media-media sosial.



Namun hari ini cuaca dikatakan telah menjadi seperti biasa dan banyak tempat yang ditenggelami sebelum ini dikatakan sedikit pulih. Banyak kereta yang dilihat ditenggelami dek banjir.

Mesti kita pening apabila kereta kesayangan ditenggelami banjir bukan? Kerana kos untuk membaikinya agak tinggi. 

Seorang pengguna fb iaitu Ieza Yusof telah berkongsikan ilmu yang amat berguna. Dia telah berkongsikan info penting bagaimana cara untuk claim insuran kereta yang masuk banjir.


Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai netizen dan sehingga kini sudah mendapat lebih 2400 tanda suka dan lebih 10000 yang berkongsikan info ini.


MACAM MANA NAK CLAIMS INSURANS KERETA MASUK BANJIR ?

Jika kenderaan anda ditenggelami banjir dan ada ambil cover PERILS , ini langkah anda kena buat ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

1. Jangan start enjin. 

2. Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.

3. Bila banjir dah surut, jangan start enjin lagi tetapi terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.

4. Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana2 workshop panel insurans untuk membuat claims.

Kalau renew dengan ejen, boleh call ejen terus ya.

Semoga banjir cepat surut dan hujan berhenti segera. 

“Wahai bumi! Telanlah airmu dan wahai langit (hujan!) berhentilah.”

Semoga Bermanfaat ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’œ


Sumber : FB  Ieza Yusof

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.