Ticker

6/recent/ticker-posts

Masa ni kena scan mai sejahtera tak? kena soal ada vaxx ke tak nak masuk masjid? Tanya Rita Rudaini

 


Sejak Sabtu, negara berdepan bencana banjir lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang apabila air naik berikutan hujan lebat tidak henti pada Jumaat lalu. Bencana ini yang dikatakan sangat teruk sejak hampir seabad yang lalu.

Susulan banjir yang berlaku, ada yang berlindung di pusat perlindungan seperti di masjid. Namun, lain pula cerita tak sedap di dengar apabila ada yang mempersoalkan perkara itu.


Menerusi satu perkongsian di Insta Story, pelakon Rita Rudaini mempersoalkan adakah mangsa banjir perlu mengimbas MySejahtera sebelum masuk ke masjid dan adakah mereka disoal sama ada mengambil vaksin atau tidak.


“Masa ni kena scan My Sejahtera jugak tak? Kena soal ada vaksin ke taknak vaksin masuk masjid? Tanye jerrr,” soalnya.


Sementara itu, Rita turut menyifatkan Tuhan telah memberi pinjaman di bumi-Nya, namun ada yang tidak mahu mengikut perintah.



“Tuhan bagi pinjam bumi Dia, permudahkan apa yang patut..Tapi hangpa buat macam dunia ni hangpa yang punya..Sampai nak susahkan hidup orang yang taknak menurut kata hangpa,” tulisnya.


Sumber : ROTlKAYA

Post a Comment

0 Comments