Ticker

6/recent/ticker-posts

Nissan Vanette dan Iswara Aeroback 'berganding bahu' tarik mesin ATM guna kabel dan rantai besi

 


Sebuah pondok mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhadapan Balai Polis Johol mengalami kerosakan selepas empat lelaki cuba melarikan mesin berkenaan dalam kejadian 4 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kejadian disedari anggota yang bertugas di balai berkenaan selepas mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di mesin ATM berkenaan tidak berfungsi.


Katanya, anggota berkenaan kemudian pergi membuat pemeriksaan sebelum terdengar dentuuman kuat dari arah pondok yang menempatkan mesin berkenaan.



"Hasil pemeriksaan daripada CCTV mendapati empat lelaki itu cuba menarik keluar mesin ATM dengan menggunakan kabel dawai dan rantai besi.


"Namun cubaan mencuuri itu gagal apabila kabel yang disambung menggunakan sebuah van Nissan Vanette dan Proton Iswara Aeroback putus," katanya hari ini.


Amran berkata, empat lelaki itu kemudian melarikan diri tanpa sempat menarik keluar mesin ATM berkenaan.

Gambar hiasan


Katanya, kejadian itu menyebabkan struktur pondok mengalami kerosakan yang dianggarkan RM8,000.


"Polis masih menjalankan siasatan lanjut kejadian dan kes disiasat mengikut Sesyen 427 Kanun Kesekksaan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments