Ticker

6/recent/ticker-posts

Bawa Balik Pokok Keladi Guna Myvi, Ramai Tidak Percaya Keladi Gergasi Ini Wujud Dimuka Bumi

 


Viral dan masyarakat kini memang tidak boleh dipisahkan lagi. Ada saja yang viral dan menjadi trend, sekarang ini tiba giliran pokok keladi yang jika dulunya hanya dibiar tumbuh meliar dalam hutan dan semak-samun saja. Namun percayakah anda, tumbuhan liar ini sekarang ini menjadi sesuatu aset yang sangat berharga, ada yang mampu cecah nilai sebiji Honda Civic.

Baru-baru ini viral satu video di tiktok yang dikongsikan oleh musfiirah89 yang memaparkan keladi gergasi yang diambil khas untuk ibu mereka.


Menerusi laporan yang dipetik dari blog kalamindah, apa yang menarik perhatian ialah saiz pokok keladi itu yang luar biasa besarnya sekaligus mengejutkan netizen. Bukan sahaja besar malah pokok keladi itu juga dilihat seperti boleh digunakan sebagai payung untuk melindungi diri semasa hari hujan.


Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan dua lelaki yang sedang mengangkat pokok keladi itu untuk dibawa pulang. Menurut pemilik video, ibunya meminta mereka membawa pulang semula pokok keladi itu yang dahulunya diletakkan di paya bersebelahan rumah mereka.


Kedua-dua lelaki itu juga gigih mengangkat pokok tersebut untuk dibawa masuk ke dalam kereta namun ada sesuatu yang menarik perhatian netizen. Iaitu saiz pokok keladi itu yang jauh lebih besar dari biasa sehinggakan hampir penuh kereta yang dinaiki mereka.


Lebih menarik perhatian, pokok keladi itu juga kelihatan sangat besar semasa ia akhirnya diletakkan di dalam pasu di rumahnya. Malah rata-rata netizen turut sama terkejut melihat saiz pokok tersebut yang boleh dijadikan payung semasa hari hujan.



Seperti biasa ramai netizen yang memberi respon dan pendapat mengenai keladi gergasi ini, ramai juga berseloroh berharap ibu mereka tidak akan menonton video tersebut dan meminta mereka membawa pulang pokok keladi seperti itu.




Sumber : Himpunanceritalawak


Dipetik dari blog kalamindah.com

Post a Comment

0 Comments