Header Ads

Breaking

Thursday, December 16, 2021

Penjawat awam didenda RM8,000 kerana berniaga, bakal dipenjara 5 bulan jika gagal bayar

 


Seorang pembantu tadbir hospital kerajaan hari ini dihukum RM8,000 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran ketika masih lagi bergelar penjawat awam.


Tertuduh, Suzana Murni Mansor, 53, merupakan pembantu tadbir Gred N22 didakwa melakukan perbuatan itu walaupun pada masa sama terikat dengan undang-undang tidak boleh mengambil bahagian dalam perniagaan.


Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi ketika membacakan keputusannya menegur Suzana yang sebenarnya memiliki rekod kerja lama dan cemerlang namun terpalit dengan kesalahan seumpama itu.




“Kini kamu terpaksa tanggung akibat perbuatan kamu sendiri. Kamu lama dalam kerajaan, rekod cemerlang,” katanya sebelum menjatohkan huk0man petang tadi.


Walaupun tertud0h telah membuat pengakuan salah atas pertud0han pilihan pada sebelah pagi namun Azura hanya menjatuhkan hukuman pada sebelah petang.


Tertuduh diarah membayar denda sebanyak RM8,000 atau berdepan dengan penjaara lima bulan dan Suzana membayar wang tersebut hari ini.


Mengikut pertuduhan, tertud0h didakwa sebagai pegawai badan awam iaitu Pembantu Tadbir Gred N22 di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, sebuah hospital kerajaan terikat di sisi undang undang supaya tidak mengambil bahagian dalam perniagaan.



Ia berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 4(1), Jadual Kedua, Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 yang mana tertuduh telah mengambil bahagian dalam perniagaan, iaitu sebagai pemilik Syarikat Fana Global Resources yang mendapat kerja membekal dan menghantar sarung kaki kepada kakitangan hospital kerajaan terbabit yang bernilai RM44,500.


Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, di sebuah hospital kerajaan di sini pada Disember 2016.


Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Sesyen 168 Kanun Kesekksaan yang memperuntukkan hukuman penjaara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya. 


Kredit -MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.