Header Ads

Breaking

Friday, December 17, 2021

Isteri Tertekan Kecaman Netizen Sehingga Pengsan, Masuk Hospital .. Saya Gagal, Kata DaddyCap

 


Isteri Caprice, Farra Inalis terpaksa dimasukkan ke hospital selepas pengsan akibat tertekan dengan kecaman netizen.


Pemilik nama penuh Ariz Ramli berkata, dia yang harus dipersalahkan selepas insan tersayang kehilangan privasi selain menjadi sasaran serangan ramai.


“Sesungguhnya saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Selepas berkahwin isteri saya hilang hak privasi serta kerap diserang kerana seksi.


“Mungkin stres dan tekanan persekitaran menjadikan isteri saya akhirnya, membuatkan dia terkesan sehingga mengakibatkan dia tidak sedarkan diri.


“Tolong jangan seerang dia, serang saya. Saya yang berjihad, bina aplikasi untuk ummah, berjuang buat Jerusalem dan menjadi Imam masjid saya,” katanya.



Menerusi perkongsian dalam Instagram, penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan itu turut memuat naik video Inalis atau dikenali sebagai Elis terbaring di atas katil hospital sedang menerima rawatan drip air.


Menerusi hantaran sama, Caprice atau kini ingin dikenali dengan nama pentas Daddycap turut merayu netizen melepaskan kemarahan atau luahan emosi terhadap dirinya, bukan kepada keluarganya.


“Jika ada orang yang gagal, itu adalah saya. Jangan lepaskan kemarahan kepada keluarga saya,” katanya lagi.


Sebelum ini, usahawan berusia 33 tahun itu pernah mendedahkan isterinya menangis selepas netizen mengecam kelakuan anaknya yang baharu berusia lima tahun.



Isu tidak berhijab juga antara perkara yang meraih teguran ramai sehingga Caprice turut memaklumkan alasan jarang memuat naik gambar wanita itu dalam laman sosial susulan kritikan netizen mempersoalkan aurat isterinya yang sering berpenampilan seksi.


Sementara itu, rata-rata pengikut mendoakan kesihatan Elis selain meminta netizen berhenti  menganggu kehidupan pasangan tersebut.


Tidak kurang juga, ada yang meneka situasi membabitkan kesihatan sebagai tanda awal kehamilan.

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.