Header Ads

Breaking

Saturday, December 11, 2021

'Prebet Tua' harap Angkatan Tentera Malaysia siasat formasi cahaya misteri

 


SAUDARA PENGARANG,


SAYA berharap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat menyiasat bagi mengenal pasti 12 cahaya misteri di perairan Laut China Selatan yang turut dituntut oleh Malaysia.


Satu klip video yang dipercayai dirakam dari kokpit pesawat komersial pada 24 November lalu memaparkan cahaya-cahaya terbabit yang muncul di ruang udara perairan berkenaan dan kemudiannya hilang di sebalik awan.


Dalam klip video yang dirakam kira-kira 11,887 meter dari aras laut, turut kedengaran suara juruterbang yang menyifatkan cahaya terbabit sebagai pelik dan dia sendiri tidak mengetahui tentang objek tersebut.



Cahaya terbabit berada pada kedudukan lebih tinggi dari aras dilalui 16 pesawat tentera China terdiri daripada pesawat pengangkut Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20 yang mencer0boh ruang udara Malaysia pada Mei lalu.


Terdapat pula laporan selepas itu yang menyatakan cahaya misteri berkenaan ialah suar yang dilepas dari tiga pesawat untuk mengelak peIuru berpandu ketika latihan tentera.


Dari mana pun asal cahaya itu, ia perlu disiasat oleh ATM termasuk bagi mengelak pihak tertentu melakukan latihan ketenteraan tanpa pengetahuan negara-negara sekitar.


Pada September lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan latihan Op Curiga bersama-sama tentera Amerika Syarikat (AS) sebagai persediaan menghadapi konflik di Laut China Selatan.



Latihan bersama melibatkan pesawat pengeb00m B-52 dari markas udara AS di Guam, sebuah pulau di Lautan Pasifik.


Ia menyaksikan buat julung kali sejumlah jet pejvang Hawk 208 dan 108 serta pesawat tempur Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D milik TUDM mengawal ruang angkasa Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.


Dalam latihan itu, TUDM menggunakan radar jarak jauh untuk mengesan kehadiran pesawat-pesawat asing yang cuba mengancam kedaulatan ruang udara negara.


PREBET TUA, Kuala Lumpur.

Kredit : Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.