Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Penyokong setia JDT mohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia, ganti niat 'nazar' baiki surau

 


Baru-baru ini viral di media sosial apabila sebuah video yang memaparkan seorang penyokong JDT berjanji akan berb0geI dari Kuala Lumpur hingga ke Johor sekiranya Kuala Lumpur City dapat menewaskan Johor Darul Takzim dalam perlawanan Liga Perdana baru-baru ini telah tampil untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.


Lelaki terbabit turut bernazar untuk memberi tinted percuma di sebuah surau yang tidak dinyatakan lokasinya.



"Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia disebabkan video saya yang tular baru-baru ni, saya berjanji tak akan mengulanginya lagi.


"Dan saya bernazar untuk memberikan tinted percuma kepada sebuah surau, saya harap rakyat Malaysia boleh memaafkan saya," katanya.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok tintedoffer2 sekitar tiga jam lalu itu telah mendapat hampir 500,000 tontonan.


Lelaki terbabit sebelum ini memuat naik satu video berdurasi 34 saat berkata:


“Kalau KL boleh kalahkan Johor malam ini aku bogel daripada KL sampai ke Johor bro. B0geI tahu, aku b0geI, serius aku cakap bukan sembang punya.


“Tidak pernah dalam sejarah KL boleh kalahkan Johor. Hidup JDT! Aku b0geI daripada KL sampai Johor,” katanya

Berikut adalah reaksi netizen kepada abang ni





JDT bagaimanapun tewas 2-0 di Stadium National, Bukit Jalil.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments