Header Ads

Breaking

Sunday, December 12, 2021

Pengguna FB bongkar kegiatan penipuan perigi wakaf di Kemboja? Gambar pam sekadar replika, ambil kesempatan sikap pemurah rakyat Malaysia?

 


Sebelum ini ada banyak kita lihat di media sosial kononnya ada individu yang membuat perkhidmatan wakaf air yang dijalankan di negara jiran, Kemboja.Sampai ada yang membuat iklan berbayar di facebook mahupun instagram.


Seperti biasa, orang Malaysia memang dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan suka menolong sehingga kadang-kadang ada yang mengambil kesempatan oleh individu yang tidak jujur.


Baru-baru ini seorang pengguna fb yang menggunakan nama Peach Masri ada berkongsikan kisah penipuan perigi Wakaf di Kemboja yang rasanya perlu diambil serius oleh rakyat Malaysia.




Penipuan Perigi Wakaf


Gambar diambil oleh proksi kami di sebuah kampung di Cambodia. Beliau mencari penerima yang layak di ceruk kampung untuk projek perigi sahabat kami dan terjumpa dengan senario ini.


Binaan batu tanpa pam yang telah dipecahkan.


Kemudian, letak baldi ada air dan panggil penduduk ambil gambar. Ada yang letak pam substandard yang tak berfungsi atau langsung tiada pam macam kes di atas. Orang kampung adu macam tu kepada proksi.


Al maklum projek wakaf perigi sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia yang pemurah.



Sebab itu saya sangat skeptikal dengan iklan berbayar di FB dan IG yang berkempen untuk wakaf perigi. Atau individu yang tak di kenali dari Cambodia request friend atau hantar mesej di messenger. Banyak kali hampir kena scam.


Kami pastikan kami bekerja dengan proksi yang terpercaya sahaja.


Ada sahabat kirim buat pam untuk ibunya di Vietnam. Siapa yang nak join sekali, satu perigi dan pam hanya RM1000.


Whatsapp ya. Messenger jarang buka. Banyak benor mesej minta duit..


Kredit : FB Peach Masri

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.