Header Ads

Breaking

Tuesday, December 21, 2021

Wanita ini dedahkan 5 sebab kenapa Dr. Hanafi 'terpaksa' curang

 



Beberapa hari ini, nama Hanafi menjadi nama yang paling banyak dicari di media sosial. Masakan tidak, satu perkongsian yang viral di media sosial mengatakan Hanafi telah bermain kayu tiga dan yang paling mengejutkan ramai, dia dilihat dengan tenang melafazkan cerai talak satu kepada isteri selepas kantoi perbuatannya itu.


Hanya satu hanafi buat hal, tak pasal-pasal ramai Hanafi di Malaysia kena tempias.


Tidak kurang juga, hari ini tular perkongsian seorang wanita seolah mempertahankan ‘Hanafi’ dengan memuat naik 5 sebab kenapa ‘Hanafi’ curang.






Rupanya, baru-baru ini seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.

 

Memetik laporan Kosmo, wanita itu meluahkan dia mula curiga dengan suaminya tiga hari sebelum kejadian berlaku pada 5 November lalu apabila suaminya sering memberi alasan bagi mengelak berjumpa dengannya.


Wanita itu berkata dia tergerak hati untuk memeriksa telefon suaminya dan lebih kecewa ada gambar dengan perempuan lain di dalam bilik tidur rumah sewa suaminya.


Kata wanita itu lagi, bekas suaminya ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk memohon maaf namun dia belum dapat menerima permohonan maaf tersebut.


Kisah tular ‘Hanafi’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar wanita itu tabah menempuhi dugaan.


Sumber : GuIapop

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.