Ticker

6/recent/ticker-posts

Lama menghiIangkan diri, pernampilan terbaru Natasha Hudson tidak bertudung ketika bercuti di Langkawi tarik perhatian netizen

 


Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan terbaru mengenai selebriti cantik Natasha Hudson. Namun video terbaru yang dimuat naik oleh beliau telah menarik perhatian ramai peminat dan netizen.


Apakan tidak, Natasha Hudson yang diketahui ramai tampil dengan imej bertudung tiba-tiba memuat naik videonya dan gambar yang tidak bertudung pada isnin lalu.


Berdasarkan lokasi pada posting berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 39, dipercayai sedang bercuti di Langkawi, Kedah.



Natasha bagaimanapun menutup ruangan komen.


Dia mula mengenakan hijab pada 2012 dan pernah tampil dengan imej berniqab pada Disember 2016.


Pelakon filem Chermin ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali.


Bagaimanapun sesemua perkahwinan Natasha tidak bertahan lama.


Perkahwinan pertama dengan Mohd Faiz Mohd Raiz pada tahun 2006 hanya bertahan selama empat bulan diikuti perkahwinan kedua bersama ahli politik Datuk Shahrin Zahari pada 2007.


Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Neesa Halena, 14. Pasangan ini bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.



Kemudian Natasha berkahwin pula dengan penyanyi Carleed Khaza pada tahun 2012 sebelum bercerai pada 2018.


Meneruis perkahwinan ketiga ini mereka dikurniakan dua cahya mata Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah, 7.


Natasha kembali mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Noor Nashriq Sekarno pada 2018 dan bercerai pada tahun berikutnya.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments