Ticker

6/recent/ticker-posts

Trend Unboxing Isteri Malam Pertama Jadi Ikutan Generasi TikTok, Ini Teguran Pedas PU Syed

 


Pencetus Ummah Syed (PU Syed) menegur segelintir pengantin baharu yang mengikut trend melakukan video ‘unboxing by husband’ atau ‘unboxing pengantin’ di TikTok.


Kata PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 39, kandungan video seperti itu dianggap sesuatu yang mengarut selain boleh mendatangkan fitnah dalam kalangan masyarakat yang menontonnya.


“Isteri itu hak kita... jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia... semuanya untuk kita sebagai seorang suami.



“Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belaka... tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu.


“Jangan buat perkara mengarut kerana ia tidak mendatangkan faedah kecuali fitnah semata-mata,” katanya kepada mStar.


Menerusi video tular yang dimuat naik memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung perempuan terlebih dahulu.

 


Video yang dirakam memaparkan kedua pasangan pengantin masih memakai busana pengantin dan unboxing tersebut dirakam oleh pengantin perempuan melalui cermin.


Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan tiada rasa malu pengantin yang melakukan trend berkenaan.

 

Malah, ramai mengatakan pengantin zaman sekarang terlalu terikut perkara yang kurang baik yang bukan sahaja memalukan diri tetapi keluarga turut terpalit sama.


Sumber : mStar Online


Post a Comment

0 Comments