Ticker

6/recent/ticker-posts

Peniaga durian terpaksa tutup kedai durian tak dapat sambutan walaupun jual harga biasa

 


Musim durian kini tidak menentu apabila beberapa kampung di daerah ini mula mengeluarkan raja buah itu sejak beberapa minggu lalu.


Mungkin ramai yang menyangka durian yang gugur di luar musim ini akan mendapat sambutan menggalakkan dari pembeli.


Namun hakikatnya pembeli kurang berminat terhadap raja buah itu sehingga menimbulkan kerugian kepada penjualnya.



Seorang peniaga durian, Zainuddin Omar, 62, berkata, sambutan daripada pembeli amat dingin walaupun dijual dengan harga biasa sehingga dia terpaksa menutup gerainya di bandar Jerantut.


"Kini saya hanya berjual dari rumah dan secara online (dalam talian) sahaja bagi mengelakkan terpaksa membayar sewa jika berjual di kawasan bandar Jerantut.


"Sambutan dari pembeli begitu kurang sehingga banyak duriannya tidak habis serta tidak balik modal, " katanya.


Beliau yang berpengalaman menjual durian sejak 30 tahun lalu betkata, musim durian kali ini dijangka habis menjelang Tahun Baru Cina nanti.



Katanya selain dari durian di kebun sendiri, beliau turut membeli durian dari pekebun lain di kampung Hulu Cheka, Damak dan Sungai Lekok.


Katanya keadaan ini berlaku kemungkinan orang ramai masih terkesan dengan pandemik Covid-19 serta banjir baru baru ini.


Zainuddin berkata, kebanyakkannya memberi alasan untuk lebih menumpukan kepada perbelanjaan anak sekolah yang baru dibuka berbanding membeli buah durian.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments