Header Ads

Breaking

Sunday, January 16, 2022

Labur RM4000 untuk belajar, sekarang berjaya buat RM40,000 dalam 6 jam, kata Mas Khan

 


Baru-baru ini, pelakon muda dan kacak, Mas Khan ada berkongsikan dengan pengikutnya di Instagram mengenai kekayaan serta pendapatan yang diperolehinya.


Apa yang menjadi perhatian, pelakon berusia 28 tahun itu mendedahkan dia menjana pendapatan sebanyak RM10 ribu dalam masa 6 jam selepas menyertai ilmu perdagangan.


Menurutnya, pada tiga tahun lalu dia telah membayar sebanyak USD1,000 untuk mempelajari ilmu perdagangan dan apa yang dilakukannya itu berbaloi.


Menerusi entri itu, Mas Khan turut berpesan kepada pengikutnya untuk mula belajar melabur untuk diri sendiri dahulu.


Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi kejayaan pelakon itu serta memuji usahanya untuk mendapat apa yang diimpikan.



Sebelum ini Mas Khan dilihat ada berkongsikan di Instagram Forexcartelmy mengenai pelaburan yang disertainya. Pelakon itu turut menjalankan perniagaan chalet Mas Bro Village di Melaka dan Mas Bro Hidden Village di Lenggong, Perak.

Sumber : ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.