Ticker

6/recent/ticker-posts

Rakyat dinasihatkan ambil dos penggalak sebagai persiapan Aidilfitri

 


Orang ramai disarankan untuk mendapatkan dos penggalak vaksiin C0vid-19 sebagai perlindungan diri dan keluarga.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah tersebut sebagai satu daripada usaha bagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.


"Sila dapatkan dos penggalak vaksiin C0vid-19 untuk perlindungan diri dan keluarga. Ia sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti, Insya-Allah," menerusi ciapannya di Twitter.

Pelaksanaan Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari tahun lalu, menyaksikan Malaysia memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan ketika bencaana, membabitkan tiga jenis vaksiin, iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.



Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-359 pada 15 Jun tahun lalu, pula memperuntukkan kelulusan sama kepada CanSino dan Johnson and Johnson, masing-masing jenis satu dos suntikan lengkap.


Vaksin J and J yang mendapat 'lampu hijau' pada 15 Jun lalu diperoleh Kerajaan Malaysia melalui pelan peruntukan vaksiin C0vid-19 global, COVAX dan berdasarkan kelulusan penggunaan keceemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Secara perbandingan, vaksin J and J atau Janssen yang diluluskan tempoh hari adalah menerusi perolehan daripada pengilang di Belgium.


Pada masa sama, Noor Hisham memaklumkan setiap vaksin mempunyai kesan sampingan seperti kesakitan otot, demam atau sakit kepala.



Namun, keadaan tersebut bukanlah satu petanda yang buruk.


"Sedikit ketidakselesaan untuk hasil yang lebih baik, Insya-Allah," katanya.


Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 19 kes kemaatian akibat C0vid-19 sehingga 7.48 pagi tadi dengan menjadikan jumlah keseluruhan kemaatian berpunca daripada pandemiik itu meningkat kepada 31,781 orang.


Daripada jumlah itu, 31.6 peratus atau enam pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments