Header Ads

Breaking

Saturday, January 8, 2022

Shuib akui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang

 


Selepas lima bulan pemergian Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib Sepahtu mendedahkan dirinya ada mengenali seseorang.


Bagaimanapun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, berkata, hubungan itu masih terlalu awal dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah.


"Ya ada kenal orang baharu, tapi hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.


"Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tudung Loveta X Anzalna yang diadakan di Hotel The Ruma, Kuala Lumpur, hari ini.


Menurut Shuib, dia tidak menafikan ibunya ada bertanya mengenai calon pengganti, namun dia belum bersedia untuk berfikir sejauh itu.



"Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat.


"Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja," katanya.


Ditanya mengenai tempoh lima bulan yang dikatakan masih terlalu awal untuk membicarakan soal jodoh, Shuib menjelaskan, dia tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain selain ibu dan keluarganya sahaja.


"Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria-ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh.


"Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung? Jadi saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak sangat pendapat orang.



"Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan netizen, tetapi keluarga saya. Jika saya menangis dan tertonggeng di rumah tidak ada netizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak. Oleh sebab itu, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja," katanya.


Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangklti C0vid-19.


Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.