Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramai netizen bengang dengan soalan gadis 22 tahun ini, dikecam riak tayang kereta mewah

 


Dewasa ini, ramai anak muda yang telah menceburi dunia perniagaan yang dianggap sesuatu yang agak mustahil sebelum ini. Berkat usaha yang tidak jemu siang dan malam, ramai anak muda kini berjaya menjadi jutawan pada usia muda .


Dan sebagai reward kepada diri sendiri atas usaha yang tidak kenal erti penat, ramai yang membelikan rumah ataupun kereta mewah sebagai hadiah kepada diri sendiri.


Sebelum ini, viral satu perkongsian di laman sosial apabila hasrat seorang gadis cantik yang dikatakan ingin memberikan inspirasi kepada golongan muda dengan menayang kereta baharu miliknya Mercedes Benz C300 AMG mengundang kecaman netizen di aplikasi TikTok.



Asha Bibi Muhammad, 22, yang memandu kereta jenama mewah itu sejak tahun lalu berkata, dia pelik masih ada lagi persepsi masyarakat yang tidak percaya bahawa usia muda mampu memiliki kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit.


“Mungkin orang beranggapan yang budak muda ni tak boleh pakai kereta mewah mungkin kereta biasa saja.


“Actually Asha dah buat business online ni lama sejak umur Asha 16 tahun lagi,” katanya kepada mStar.



Dalam pada itu Asha juga sudah lali menerima kecaman dan tidak ambil hati dengan apa yang dikatakan oleh netizen.


“Asha tak kisah apa orang nak cakap pasal Asha macam kau nak cakap gigi aku macam ni patah ke tiada gigi ke terpulang saya suka gigi saya macam ini.”


“Orang kecam apa pun tak rasa apa dah cuma mampu gelak je,” ujarnya.

Menjenguk di ruangan komen, ada pelbagai reaksi dan pendapat dari netizen. Ada yang menyokong dan ada pula sebaliknya.




"Cara aishah ni citer kejayaan Dan rolling modal, mmg dia ni cerdik niaga. Rezeki masing2, tahniah.", kata seorang pengguna youtube.

"Bagi aku lah aisyah ni org yg hebat korg usaha besar,open minded and all'd korg jelous bagi capai macam aisyah cun tapi tu lah aku kena belajar asrama kn so yah cmni je la insyaallah suatu hari ade gk Azam nk buat bisnes cm aisyah korg jngn lk pandang negetif always positif yer😊🤗"- tulis Iman Johar


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments