Header Ads

Breaking

Monday, January 3, 2022

Wanna Ali tayang kereta idaman RM340,000

 


Pelakon Wanna Ali bersyukur apabila dapat membeli kereta mewah Mercedes-Benz GLC 300 menggunakan duit simpanan sendiri.


Wanna berkata, segala penat lelah dan dugaan yang dihadapi sepanjang bergelar berlakon akhirnya terbayar dengan memiliki kereta idamannya itu.


"Saya baru tahu nak cari duit RM100,000 sehingga RM400,000 dalam tangan bukan kerja mudah. Ini adalah usaha kerja keras sejak membintangi filem Ada Apa Dengan Dosa serta beberapa tawaran lakonan lain demi nak capai impian sendiri. Selepas ini sasaran saya nak bina rumah baru pula sebab sudah ada tanah sendiri.



"Saya sangat gembira apabila impian untuk miliki kereta idaman tercapai.  Selama ini saya tak suka bergantung dengan duit mama sebab tiada kepuasan. 


"Lagipun selama ini mama dah buat sehabis baik dan bersusah payah bagi saya pelajaran serta jaga dengan penuh kasih sayang. Jadi saya tak nak bebankan dia lagi," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Wanna, dia sentiasa menjadikan ibunya yang juga penerbit Datuk Ayu Puteh sebagai idola dan pemangkin semangat untuk berjaya.



"Saya nak jadi macam mama. Semua cari sendiri daripada dulu lagi. Kumpul harta untuk diri sendiri dan masa depan. Mama adalah mentor dan idola nombor satu saya.


"Tiada usaha yang akan mengecewakan sebab Allah dah janji. Mama selalu pesan jangan harapkan orang untuk keperluan sendiri dan Jangan hidup nak mudah je.


"Mama pakai kereta mewah pun ketika  umurnya 21 tahun. Dia buat bisnes dan berjaya miliki segalanya. Saya jadi saksi dan sebab itu saya nak ikut jejak langkah mama," katanya.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.