Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku dah lama sabar, jumpa kau di mahkamah!, kata Puteri Sarah liyana

 


Baru-baru ini pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana ada memuat naik di media sosialnya berkenaan tindakannya yang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang individu. Namun individu itu tidak dinyatakan melalui postingnya itu.


Puteri Sarah, 37, berkata, selepas sekian lama memendam rasa dan bersabar dia akhirnya nekad untuk membawa masalah yang berlaku ke muka pengadilan.


"Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai tujuan dan tindakan saman yang bakal dibuat.

"Sebenarnya saya sudah lama bersabar dan bertahan tapi sekarang ini saya sudah mempunyai bukti kukuh untuk membawa perkara yang berlaku ke mahkamah.


"Tunggu dan lihat apa yang bakal saya lakukan. Cuma buat masa ini beri saya ruang untuk berbincang dengan peguam saya," katanya.



Menurut Puteri Sarah, biarpun menyedari kos guaman tidak murah dan mengambil masa panjang untuk diselesaikan, namun dia sanggup menunggu sehingga kes terbabit selesai.


"Saya akui nak failkan saman ini kosnya tidak murah tapi saya sudah lama bersabar dengan perkara ini. Saya mahu undang-undang membuktikan isu yang berlaku," katanya.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments