Ticker

6/recent/ticker-posts

Menyerahlah Mohammad Hazuarie, dia dipercayai meIarikan diri ke bahagian utara Terengganu, kata polis

 


PoIis giat mengesan individu dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan, 20, bagi membantu siasatan kes pembnuhan bayi lelaki yang baru dilahirkan dipercayai ditlkam ibunya berusia 15 tahun, Selasa lalu.


Difahamkan, lelaki itu juga dikehendaki bagi siasatan berhubung kes daakwaan memperk00sa remaja terbabit.


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya sudah meminta Mohammad Hazuarie menyerah diri, namun sehingga kini pemuda itu masih belum berbuat demikian.



"Individu ini diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan mengikut Sesyen 376 Kanun Kesekksaan.


"Kami juga mengalu-alukan bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengetahui di mana lelaki itu bersembunyi," katanya dalam kenyataannya, hari ini.


Hanyan berkata, polis sudah berusaha mengesan lelaki itu termasuk datang ke rumahnya di Bandar Seri Bandi dekat sini, namun dia dipercayai meIarikan diri.



"Kami percaya dia sudah melarikan diri ke bahagian utara Terengganu dan polis akan berusaha mengesan lelaki itu sehingga dia berjaya ditaahan.


"Orang ramai yang mengenali dan mengetahui di mana lelaki itu berada bolehlah menghubungi Pegawai Penyiiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin di talian 012-6380342 atau menghubungi balai polis berhampiran," katanya.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments