Ticker

6/recent/ticker-posts

Gadis terselamat keracunan gas yang meragut tiga nyawa akhirnya jelaskan kronologi kejadian, tidak tidur pun semasa kejadian

 


Masih ingatkah lagi anda dengan kejadian yang pernah menggemparkan negara pada tahun 2020 dulu? 

Kejadian yang berlaku pada septermber 2020 itu telah menyebabkan tiga orang penuntut kolej meninggal dunia di dalam kereta disebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Samagagah, Pulau Pinang.

Menerusi artikel yang dimuat naik sinar plus, Keempat-empat mereka difahamkan singgah ke stesen minyak itu untuk berehat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang.


Rindu kepada kakak kembar dan dua rakan yang telah pergi mendorong satu-satunya mangsa yang selamat, Nor Aqilah Mohd Safwan, 22, mencoretkan kenangan di dalam sebuah video.


Menerusi video yang dikongsikan, Nor Aqilah menjelaskan mereka berempat tidak melelapkan mata seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak.


“First of all, kami tidak tidur. Just stop kejap beli makanan, masuk dalam kereta terus tidak ingat apa dah.


“Kami cuma stop kejap sebab nak beli makanan je. Tak ada cakap letih nak tidur, “ titipnya.


Mengingati kembali detik kejadian, menurut Aqilah, saudara kembarnya Nor Adilah (pemandu) tinggal seorang di dalam kereta selepas dia membantu rakan mereka, dan Sharifah Fariesha dan Ayuni Shazwanie membawa makanan dan minuman yang dibeli.


Kata Aqilah, selepas berkumpul semula di dalam kereta, mereka berempat berbual dan tiada seorang pun yang tertidur kerana tujuan asal berhenti adalah untuk makan sahaja.


Mengimbau kembali saat itu, katanya sepanjang koma dia bermimpi kakaknya, Nor Adilah memberitahu dia pngsan di sebuah pulau.


“Lepas masuk kereta, ada borak sekejap lepas itu tak ingat.


“Bangun buka mata sahaja sudah ada di hospital,” jelas Nor Aqilah.


“First thing yang keluar dari mulut saya “kakak di mana?,” katanya mengakui tidak mengingati apa yang terjadi semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU.


Sehinggalah dipindahkan ke wad biasa, baharulah bapanya memaklumkan berita duka bahawa kakak kembar dan dua rakan yang lain sudah tiada.


“Siapalah mampu menolak takdir, hanya mampu reda meneruskan hidup. Al-Fatihah buat sahabat syurga saya,” titipnya.


KERAACUNAN GAS MONOKSIDA


Polis mengesahkan punca kematlan adalah disebabkan terhidu gas karbon monoksida hingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ berfungsi.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata keputusan itu berdasarkan laporan bdah slasat yang dimaklumkan kepada pihaknya.


Shafee berkata, laporan bdah slasat yang diterima pihaknya mendapati pelbagai organ ketiga-tiga mangsa gagal berfungsi akibat keraacunan karbon monoksida.


Jelasnya, kenderaan dinaiki empat sahabat berkenaan mengalami keb0coron di bahagian ekzos kereta hasil pemeriksaan seorang juruteknik.


Pemeriksaan mendapati berlaku keb0coran kerana bahagian ekzos mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.


Katanya, keb0coran itu menyebabkan maangsa tidak sedarkan diri kerana terhidu gas yang keluar dan masuk ke dalam kereta.


Artikel dari sinar plus


Post a Comment

0 Comments