Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen terpesona dengan Isteri Fizo Omar, matang, positive vibes dan beauty with brain

 


Mungkin ramai antara kita mengukur tahap kematangan seseorang berdasarkan usia mereka. Namun hakikat sebenar, kematangan ini bukanlah dipengaruhi faktor usia semata-mata, melihat tutur kata pemikiran dan tingkah laku seseorang juga dikatakan matang. Walaupun remaja namun jika kita dilihat sempoi dan tenang melakukan sesuatu, itu juga dikira matang.


Baru-baru ini, isteri kepada selebriti terkenal Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri sekali lagi berkongsikan satu video motivasi baru yang berkenaan tentang rasa syukur di akaun Instagramnya. 


Menurut Fazeera, rasa syukur dan redha tidak akan menjadikan kita kaya namun ia akan membuat kita berasa 'kaya' dengan rezeki yang Tuhan berikan.


Menurut Fazeera, ada orang yang diberikan kekayaan melimpah ruah, tetapi tidak bahagia. 

Dia juga menggunakan air di dalam botol sebagai satu perumpamaan di mana kita seringkali berfikir tentang perkara yang kita tidak miliki seakan-akan kita tidak mensyukuri apa yang kita ada.


Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen terpesona dan kegum dengan perkongsian wanita itu. Ramai juga yang menggelarkan dia sebagai beauty with brain


Untuk rekod, Fizo Omar telah bernikah dengan Fazeera pada bulan Oktober tahun lalu dan majlis meraikan pasangan dua mempelai ini telah diakan di sebuah resort di Janda Baik dalam suasana yang penuh sederhana.

Post a Comment

0 Comments