Ticker

6/recent/ticker-posts

Gagal beri laluan, pengiring VIP terajang cermin sisi kereta orang awam?

 


Sebelum ini viral satu video di media sosial yang memaparkan dua biji kenderaan yang berIanggar selepas petugas konvoi VIP memberhentikan lalulintas secara tiba-tiba.


Belum pun reda isu tersebut hari ini viral lagi di laman twitter apabila seorang netizen menceritakan pengalaman cermin sisi sebeleh kanan kereta dirosakkan oleh pengiring kenamaan atau VIP..


Berdasarkan rakaman video tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku di leburaya Elite sewaktu dia sedang berada di lorong kanan dan tidak menukar lorong walaupun menyedari kehadiran rombongan kenamaan tersebut..


Menerusi laporan portal beautifulnara, tindakannya itu tidak disengajakan oleh kerana terdapat kenderaan lain yang berada di lorong sebelah yang menyebabkan dia sukar untuk menukar lorong dengan segera.


"Konvoi VIP ini cuba merosakkan kereta saya sebab saya tak pergi ke lorong kiri. Saya tak tahu sama ada polis atau bodyguard yang memukul cermin sisi saya."

Hantaran tersebut setakat ini sudah mendapat lebih 10.4k retweets dan juga menerima lebih 11.5k tanda suka. Meninjau diruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan pasukan konvoi tersebut.





Ada juga netizen yang menceritakan sama pengalamannya ketika berdepan dengan konvoi vip.

Sumber : Twitter

Post a Comment

0 Comments