Ticker

6/recent/ticker-posts

Menurut kajian, manusia juga boleh melahirkan anak di planet Marikh, kata saintis

 


Penerokaan dilakukan robot peninjau, Curiosity beberapa tahun lalu menemui kewujudan hidrogen, karbon dan oksigen serta bukti planet Marikh pernah menampung organisma.


Sekumpulan saintis NASA mendapati Marikh sejak bilion tahun lampau memiliki sistem tasik dan aliran air berpanjangan, sekali gus membuktikan planet merah pernah memiliki persekitaran lebih baik berbanding jangkaan penyelidik sebelumnya.


Maka tidak hairanlah planet ini menjadi pilihan untuk dikaji manusia berbanding lapan planet lain yang wujud dalam sistem suria di alam semesta ini.



Menurut lapor New York Post pada 17 Jun 2021, mengatakan sekumpulan saintis mendapati sperma boleh bertahan di Marikh selama beratus-ratus tahun sekali gus meningkatkan potensi manusia boleh melahirkan bayi di Planet Merah itu kelak.


Ketua penyelidik yang juga saintis di Universiti Yamanashi, Jepun, Profesor Sayaka Wakayama berkata, penemuan ini penting kepada manusia untuk lebih maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas.


Beliau berkata demikian susulan kajian kesan radiasi terhadap sperma tikus yang dikeringkan dan disimpan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama enam tahun. 


Komuniti saintis sebelum ini percaya radiasi di angkasa lepas akan memusnahkan speerma, menjadikan pembiakan sesuatu yang mustahil malah berisiko menyebabkan kaanser.


Analisis terbaharu bagaimanapun mendapati speerma cecair tikus itu berada dalam keadaan sihat walaupun selepas sekian lama berada di angkasa lepas. Pasukan penyelidik Profesor Wayakama menjangkakan sperma yang dikeringkan itu mampu hidup di ISS sehingga 200 tahun.


Penemuan itu membuktikan bahawa manusia boleh membentuk kehidupan di planet berbeza, sesuatu yang dianggap penting oleh para saintis memandangkan sumber yang berkurangan.


Menurut Wakayama, apabila tiba masanya untuk berpindah ke planet lain, kita hanya perlu menjaga kepelbagaian sumber genetik, tidak hanya untuk manusia tetapi juga untuk binatang peliharaan dan domestik.


Selain sperma, haiwan lasak tardigrade yang juga dikenali sebagai 'beruang air' dilaporkan dapat hidup selama 30 tahun tanpa makanan atau minuman dan bertahan pada suhu 302 Celsius, menyebabkan para penyelidik membuat kesimpulan bahawa ia juga mampu bertahan di planet lain.


Sumber : Agensi

Post a Comment

0 Comments