Ticker

6/recent/ticker-posts

Purata jualan 50 ekor sebulan, Mohd Zainul kini miliki 600 ekor ayam belanda, tak kekok bergelumang dengan tahi ayam belanda

 


MEMILIKI Ijazah Sarjana Muda Psikologi tidak semestinya menceburi bidang kaunsel0r. Begitu juga dengan anak muda kelahiran Kuala Kansar, Perak ini yang cuba membabitkan diri dalam bidang penternakan.


M0hamad Zainul Hilmi Mohamad Wajdi, 28, dari Kampung Pondok, Padang Rengas memilih menjadi penternak ayam belanda sejak 2018.


Katanya, dia terbabit dalam bidang penternakan ayam belanda itu selepas melihat kejayaan penternak di Pulau Pinang mengusahakan penternakan itu.


“Saya bermula dengan kecil-kecilan dan sekarang jumlah ternakan keseluruhan sebanyak 600 ek0r.


“Walaupun penjagaan ayam belanda cerewet berbanding ternakan lain, ia memberi kepuasan tersendiri.


“Bayangkan ayam belanda berusia kurang tiga bulan perlu dipantau dan diletakkan di dalam reban yang ditutupi kelambu kerana ia sensitif terhadap gigi*tan nyamuk,” katanya ketika dihubungi Agro, baru-baru ini.


Katanya, dia membelanjakan lebih RM50,000 bagi memulakan perternakan ayam belanda itu.

“Modal besar bukan kerana membeli induk ayam belanda terbaik, tetapi dibelanjakan untuk menyediakan reban yang besesuaian. Kos makanan dan perubatan juga tinggi iaitu RM5,000 sebulan .

“Jadi, tidak hairanlah kenapa harga ayam belanda lebih mahal berbanding ayam kampung dan ayam pedaging,” katanya.

Menurutnya, ayam belanda yang diternak dijual pada usia enam bulan dan beratnya mencecah tujuh kil0gram seekor.

“Ayam belanda matang pada usia enam bulan ke atas dan dijual untuk daging, namun ayam belanda untuk diternak dijual seawal usia seminggu.


“Semua ayam belanda yang diternak tidak dikvrung di dalam kandang setiap masa, tetapi diternak secara lepas di kawasan padang raagut yang disediakan.

“Sebab itu ayam belanda yang diternak ini juga dikateg0rikan sebagai ayam belanda organik kerana pemakanannya hanya berasaskan organik seperti, jagung, ketum ayam dan rumput napier,” katanya.

Bercerita mengenai harga ayam belanda, katanya, ayam belanda itu dijual pada harga pasaran semasa iaitu RM38 sekilogram untuk daging dan RM27 sekilogram untuk ayam hidup manakala anak ayam dijual pada harga RM10 seek0r.

“Biasanya permintaan meningkat pada musim perayaan Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas.

“Purata jualan pada setiap bulan ialah 50 ekor dan ia bergantung kepada harga pasaran semasa,” katanya yang juga menjual telur ayam belanda pada harga RM3 sebiji 

Sumber : harian Metro


Post a Comment

0 Comments