Ticker

6/recent/ticker-posts

Akibat Ianggar peraturan sekolah, Cikgu bakar kasut pelajarnya

 


Sudah menjadi lumrah bila berada di mana-mana kawasan kita tertakluk dengan peraturan bagi memastikan kelancaran operasi dan mengelakkan masalah serta menjadikan kita seorang yang berdisiplin.


Jika tidak ikuti peraturan pasti kita akan dikenakan tindakan atau denda. Namun setiap denda/hukuuman ada tahap dia.


Baru-baru ini viral satu video dilaman twitter yang memaparkan tindakan seorang wanita yang dipercayai guru yang bertindak membakar kasut beberapa pelajarnya yang dikatakan telah meIanggar peraturan sekolah.


Kejadian ini dikatakan berlaku di Indonesia. Guru ini dikatakan telah membakar kasut beberapa orang pelajarnya kerana mereka perlu memakai kasut hitam dan berstokin putih pada setiap hari selasa, tetapi pelajar terbabit tidak mematuhinya.



Tindakan yang dikatakan agak keterlaluan itu telah menyebabkan netizen bengang dan mengecam tindakan seorang pendidik yang seharusnya mendidik dan memberikan contoh yang baik kepada anak didiknya.


Lagipun kesalahan yang dilakukan mereka tidaklah perlu sampai keterlaluan kita mendendanya.

“Ilmu masuk kat kepala bkn melalui kasut..cuma peraturan kan tapi ye jgk bkn untuk dil4nggar cuma perlu ada lebih tolak ansur dan timbang rasa…kdg yg dewasa pun terlupa hari,kdg ada la tu yg tak dqpt dielakkan…saya bc petikan tu..yg sy nampak cikgu b4kar kasut sebab murid tak ikut peraturan pemakaian kasut dan stokin pada hari selasa je..sgt tak bertimbang rasa.” – Azlee


“Mak aku dari dulu lg pesan, jgn dib4kar baju yg dh r0sak atau dh bu.ruk, at least buat lap apa2 k0toran dulu sblum dib4kar. Xbaik dibuat pakaian mcmtu sesuka hati apalagi brg yg msih elok mcm kasut.. at least r4mpas la sja dulu, jgn terus dib4kar brg yg msih elok dan brguna, brd0sa kalau dib4kar mcmtu je. Fikir la cara lain yg lebih baik utk bg pngajaran” – Saiful



Menurut saya jangan dib4kar, membazir sebab beli pakai duit. Sepatutnya suruh mereka balik.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mungkin pelajar itu buat salah tetapi sepatutnya selidik dulu, dan jika pun ternyata mereka bersalah tidak perlu sampai berbuat demikian. Mungkin ada yang susah dan tidak mampu membelikan kasut hitam seperti yang dikehendaki.

Sumber artikel : balikbilik.com


Post a Comment

0 Comments